Want your
own Fotopage?









 
Shafa's FotoPage

By: Shafarida Abu Hasan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Friday, 7-Dec-2007 08:19 Email | Share | | Bookmark
Ayah - Hj Abu Hassan Bin Abu Bakar

 
Ayah telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 24 November 2007 bersamaan 14 Zulkaedah 1428 H lebih kurang dlm pukul 10.50 mlm di usia ayah 66 tahun 7 bulan. Sampai saat ini dan jua sampai bila2 aku pasti mengingati ayah dan merinduinya.

Pd pagi Sabtu, 24 Nov 2007, ayah seperti biasa menjlnkan rutin hariannya kalau tidak ke kebun persama fazil(adik). Dia akan ke pasar beli bfast utk kami semua. Kemudian ayah menyapu laman rumah. Habis menyapu laman ayah mengemas pasu2 bunga dibelakang rumah. Habis semua lumut2 di pasu & di sekitar kaw pasu bunga tu dikikis ayah. Bila letih ayah berehat2 dan panggil aku dan tanya "da, pokok2 nie nanti nak bawak tak pi rumah baru kita?"..aku jawab "tak naklah, da tak suka pokok2 bunga kertas"..ayah tersengih je bila aku cakap mcm tu sbb dia tau aku tak suka pasu2 lama dan pokok bunga kertas tu. Bila aku masuk dlm rumah ayah panggil lagi.."da nie ada lampu2 lama nie hang nak dak pasang kat rumah kita"...aku jawab "ummph..tak maulah dah buruk, tak lawa"..ayah gelak..aku tau ayah saja je nak usik.

Aku masuk dlm rumah sambung tgk tv. Lepas ayah habis kerja2 dibelakang rumah dia dtg join aku tgk tv. mcm biasa la ayah dgn komen2 dia pasal cerita2 di tv. Ayah mana pernah diam kalau tgk tv, ada je yg dia nak komen. Kadang2 nak tergelak pun ada. Lepas makan t'hari ayah tidur selepas solat zohor. Selalunya ayah tidur lama tp hari tu ayah tido kejap je. Sebelum asar ayah dah bangun pergi kedai n kemas2 untuk berniaga jajan di dpn rumah. Aku tolong2 ayah angkat barang2 ayah. Dlm pd tu ayah cakap "kenapa tak makan soto yg ayah beli pagi tadi"...aku kata "nak makan, tp sat lagi"..Lepas tolong2 ayah angkat barang dia, aku pun makan soto ayah beli. Ayah pun sembahyang asar dan terus meniaga di luar. Ayah akan berhenti meniaga takkala maghrib dah dekat.

Ayah solat maghrib dibilik dia. Aku dtg kata nak gosok baju untuk pergi kenduri rumah hawa sbb parents dia nak pergi mekah. Tanya ayah nak ikut tak? Ayah kata tak nak sbb rasa badan mcm tak sihat. Ayah suruh aku pergi dgn mak saja. Then lepas solat isyak aku n mak pun pergi rumah hawa. Tinggal ayah dgn ina dirumah. Dlm pukul 10 ina call kata ayah suruh balik, ayah sakit pinggang nak pergi hospital.. Aku dgn mak pun balik rumah. Sampai rumah ayah masih dlm bilik tp sudah bersiap untuk pergi hospital. Mak tanya ayah "kenapa tak pergi je dgn ina hospital, kalau dah sakit sgt, nanti kami ikut kot belakang lah" ayah kata "nanti depa tak tau nak register pulak". Ayah bangun untuk ke kereta tp dia duduk kat kerusi di luar rumah dulu sbb rasa nak termuntah. Ayah masuk dlm rumah balik n pergi muntah dlm bilik air. Lepas tu ayah duduk balik kat kerusi di dlm rumah ...ayah kata "aduh sakitnya pinggang ayah nie, ayah rasa nak mati dah nie"...aku terus sabarkan ayah n ajar ayah mengucap byk2 kali. Mata ayah terpejam rapat. Mak bg ayah minum air zam2 n basuh muka ayah dgn air zam2. Ayah minum sampai habis secawan n buka mata bila terkena air zam2 kat muka ayah.

Jiran, pakcik nasir n isteri dtg bila dengar bising2 kat rumah. Dia tolong baringkan ayah kat bawah sbb nampak mcm ayah tak selesa dok kat kerusi. Masa ayah baring mata ayah mmg dah tertutup rapat, ayah masih bernafas dan aku tak henti2 ajar ayah mengucap. Dlm masa tu aku sempat call ambulan untuk dtg bawa ke hospital. Tp belum sempat ambulan sampai ayah dah tak ada. Aku dpt rasa ayah tak ada tp tak berani nak cakap apa2. Ayah pergi dlm aku dok memandang muka ayah dan pegang tangan ayah, ajar ayah mengucap, panggil ayah berkali2, ...lama2 aku rasa ayah dah tak bernafas bila tak ada rasa angin keluar dr hidung ayah, dada ayah pun tak bergerak2 lagi. Cuma waktu tu aku harap ayah pengsan dan sempat di bawa ke hospital. Bila ambulan dtg dorang yang mengesahkan ayah dah tak ada...

Waktu tu aku rasa kosongnya dunia nie...n tak tahu nak buat apa. Aku anak yatim kini. Airmata tak terkeluar masa tu. Untuk beberapa ketika mcm tu barulah rasa sedih yg teramat sgt menyelubungi aku n aku menangis semahu2nya. Ayah dah pergi mengadap illahi buat selama2nya, tinggalkan kami yg pasti rindukan ayah.

Byk sgt kenangan bersama ayah. Lebih2 lagi byk masakan kegemaran ayah juga kegemaran aku. Ayah suka makan indian food. Aku jugak. Kalau mak masak dalca seperiuk besar tu just untuk aku n ayah je. Setiap kali balik kg aku n ayah pasti nak singgah kat restoran mamak kat ipoh tu. Masa ayah ada, ayah yg jaga kereta aku. Dia yg panaskan injin setiap pagi sebelum aku pergi kerja, check air, air bateri n minyak injin. Dan selalu juga ayah yg cucikan kereta aku. Kalau nak pergi servis kereta pun ayah yg temankan aku. Tiap kali aku pandang kereta aku, aku teringat dekat ayah. Byk jasa ayah kat kereta tuh.

Rumah dah jadi sunyi wpun saudara masa dan sahabat handai masih belum putus2 mengunjungi kami sekeluarga setelah ayah pergi. Masa ayah masih ada, kami looking forward nak pindah rumah baru. Ayah yg paling hepi nak pindah. Ayah tak jemu2 bercakap pasal rumah baru n bg tau semua org kami akan berpindah kepada semua org yg ayah jumpa. Tiap kali hujung minggu kalau tak ada xtvt lain ayah mesti ajak tgk rumah n tiap kali tu juga ayah akan tanya bila kita nak pindah nie, jadi ke kita pindah..jadi ke nak sambung dapur..tu soalan2 yg selalu ayah ulang tanya aku sehingga lah hari ayah meninggal pun ayah tanya jugak masa sama2 tgk tv tgh hari tu..."da hang jadi ke nak sambung dapur rumah baru tu"..ayah tak sabar2 nak pindah. Rupa2nya ada maksud tersirat...Ayah yang berpindah dr alam dunia ke alam barzakh.

AYAH...AYAH...AYAH...Da redho pemergian ayah. Da akan sentiasa sedaya upara mendoakan kesejahteraan ayah di sana setiap hari. Da juga janji akan jaga mak sebaik mungkin. Semoga kita dapat bertemu lagi nanti di sana, I'ALLAH.

p/s kepada semua saudara mara juga sahabat handai yg sudi dtg di hari pengkebumian ayah dan menguruskan jenazah ayah diucapkan ribuan terima kasih. Juga kepada semua yg tak henti2 menalifon dan ziarah kami sekeluaga di hari2 seterusnya...Hanya ALLAH saja yg membalas budi baik semua..

yang pastinya tiap hari kini aku rindu sangat dekat AYAH.

al FATIHAH






assalamualaikum...tahun ni tak main netball ke untuk miti Sun 20-Apr-2008 12:24
Posted by:shazleen shazleen66@yahoo.com
al fatihah sabar bebanyak ok Thu 22-May-2008 12:17
Posted by:azura asri  - [Link]
Pak lang Abu merupakan antara bapa saudara yang paling rapat ngan aku dan famili aku. beliau banyak berjasa kepada aku dan famili aku. dia bukan sekadar bapa saudara... tetapi seperti bapa kandung aku sendiri sementelah aku pun telah kehilangan kasih sayang seorang ayah kira-kira 32 tahun yang lalu.
beliaulah orangnya yang tolong aku dapatkan kerja pertama aku ka KL n tumpang umah dia bersama ngan hang sekeluarga, jasa pak lang n famili hang sangat besar kepada aku.
antara kenangan aku bersama pak lang, 4 sure.. tentulah tolong dia niaga stall burger, pergi kebun kat hulu yam, n rawang, bina rumah kat selayang baru... dan banyak lagi. paling best... borak-borak sambil hisap rokok ngan dia. perginya pak lang Abu , berertilah tertanamlah bersama seribu pengalaman dan cerita-cerita menarik bersamanya. cerita paling seronok aku berkongsi ngan dia, adalah cerita pasal ayah aku. aku tak pernah tahu kisah aku ngan ayah aku sebab ayah mennggal waktu aku umur 6 tahun. so, cerita pak lang mengisi ruang-ruang yang hilang antara aku bersama ayahku. satu cerita yang paling unik adalah kisah pak lang bersama ayah yang pergi mencari harta karun sehingga harta itu timbul dan..... tak payah cerita le... macam Indiana jones..
apa pun aku juga terasa kehilangannya... amat terasa... Pak Lang... semoga Allah mencucuri rohmu dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.... aku sayang, pak lang. Selamat bersemadi Abu Hassab bin Abu Bakar..
Tue 3-Jun-2008 11:07
Posted by:rezal halusirat@yahoo.com.my
View all 8 comments Add comment


Thursday, 8-Nov-2007 15:10 Email | Share | | Bookmark
MIDF Raya - 6 Nov 2007

 
best jugak dengar lagu2 lama jay2 ptg tu
Time : 4.30 - 7.00pm
Venue : Dewan Perdana Felda

Care to comment?


Thursday, 8-Nov-2007 13:41 Email | Share | | Bookmark
Open Hse @ Rumah Pak Long - 27 Oct 2007

Mak Lang & Pak Long
chah n imram
azha ah cong@danish n yin
View all 7 photos...
makan superb sungguh sampai nx day still kenang lagi

Care to comment?


Thursday, 8-Nov-2007 13:41 Email | Share | | Bookmark
Hop 2 C U back ere again

early mornin 27 Oct 07 @ KE
KLIA 1st Nov 2007
kawan@faridah our bfast date was really fun dgn mata kita yg sepet2 tuh... i really touch when u nak visit my new hse. hop when i fully settle down there, u'll b back ere again visit me n parents...tak puas la u balik kejap sgt...or u tgu i n lila visit u kat saner ye

Care to comment?


Wednesday, 31-Oct-2007 12:26 Email | Share | | Bookmark
Farewell Lela @ Thahara - 26 Oct 2007

siakap 2 jiwa @ siakap ct n dato k
green curry
daging meah n donut tokman
View all 10 photos...
lately mmg ramai staff resign. apa la nak jadi dgn xxxx.
kebetulan di hari yg sama lela last day, zahrulliza pun last day gak.
mazlifa last day masa b4 raya lagi.

lela - hope lela hepi dok rumah n hope cepat dpt kerja baru kay. tq lela byk tolong akak selama nie
liza - hope kita terserempak la nanti kat rawang
mazlifa - tak sempat nak lama jadi neighbour kat floor u dah u nak chow chin chau...anyway ol da best ya.


Quote:
jeff - mmg pun best makan ramai2

>> best bila makan beramai ramai macam ni...
Wed 31-Oct-2007 15:15
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Wednesday, 31-Oct-2007 12:07 Email | Share | | Bookmark
Yin @ Kota Emerald - 17 Oct 2007

 

Care to comment?


Monday, 29-Oct-2007 14:18 Email | Share | | Bookmark
Raya Rumah Lila - 22 Oct 2007

 
 
i know camera hp u best kawan..
View all 6 photos...
beraya rumah lila dgn faridah.




Quote:
kawan kita kumpul2 kat denmark kay...musim luruh nx year kay

Kawan, thanks for coming to my house. Enjoyed it so much dan keluarkan gambar selamba ngorok Arif....hehhehehehee.... I hope, kita dapat kumpul2 lagi next time. Not for hari raya jer... but for any other occasions. Thu 1-Nov-2007 00:06
Posted by:Lila lyylalyyla@yahoo.com
Add comment


Monday, 29-Oct-2007 13:53 Email | Share | | Bookmark
Beraya rumah Aida - 19 Oct 2007

ann me khaizani n aida
Code:
mmg best aida bila dpt jumpa skali skala nie. tp u tau la kenapa geng2 kita nie susah sgt nak jumpa

Shafa....klu kite dpt berkumpul ramai2... geng smsb 87' syok juge...ye...bile la...gamak2nye...(kene buat kat rmh bsr la....(murah skit belanja sape2 yg nak volunteer tu....)
Templer Golf Resort tu bile.....
Thu 1-Nov-2007 03:00
Posted by:aida royani aidaroyanii@yahoo.com
Actually...seronokkkk dpt jumpe dgn ani...x sangke...& korang dpt meluangkan sedikit mase... (rasenye dkt 10 thn x jumpe org penang ni...)

Thu 1-Nov-2007 03:07
Posted by:aida royani aidaroyanii@yahoo.com
Add comment


Monday, 29-Oct-2007 13:03 Email | Share | | Bookmark
1st Syawal 2007 - 13 Oct 2007

wif ayah n mak
 
 
View all 8 photos...

wif ayah n mak

wif anette's family

wif family kaf

rumah faridah

Care to comment?


Wednesday, 24-Oct-2007 14:14 Email | Share | | Bookmark
my bday

 
 
 
tak sangka dpt cupcakes fm my fren mokcik @ linda.
tq tq tq mokcik...really suka sgt n da cupcakes oso yummy.
so if ada yg interested nak order boleh visit lynndaza.fotopages.com



Quote:
kawan tq..dah lama sgt berlalu br update fp nie jer

kawan...happy belated birthday..moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Sat 27-Oct-2007 04:21
Posted by:Lila lyylalyyla@yahoo.com
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.